[URL=http://www.sparklee.com][IMG]http://img-s3-01.mytextgraphics.com/sparklee/2014/04/29/b1afe79ce1309dda8e5117b65e701ff5.gif[/IMG][/URL]

Followers

Sunday 23 November 2014

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!this is something jerk that make curious.....n now i want say good bye

Tuesday 29 April 2014

doa untuk anak cerdik & pandai


Aku kongsikan doa untuk anak cerdik & pandai.
Selain kita mengajar setiap hari kepada anak kita tentang pelajaran
Sebagai ibu bapa cuba amalkan doa ini.Semoga doa kita akan dimakbulkan.
Kongsikan kepada semua untuk manfaat bersama.

Tuesday 25 December 2012

Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor


Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan
 Best di Selangor melalui pengalaman saya terjahi tempat-tempat ini.
 Special thanks to AriffShah rekomenkan idea untuk entri ini :
Restoran ini yang terletak di Bagan Lalang,
antara tempat terbaik untuk menikmati hidangan
 makanan laut dengan harga yang berpatutan,
 pemandangan matahari terbenam yang cantik ,
dan rasanya yang memang sedap dan menggiurkan. Antara lokasi terbaik untuk
 menikmati ikan bakar/seafood di Selangor.
Kekurangan : Lokasi yang agak jauh dari KL. Lebih kurang 2 jam
perjalanan dari Setapak/Wangsa Maju.
Hidangan Mee kari, mee sup ala ketam dan udang galah sememangnya sedap dan
 menyelerakan. Harganya pun agak murah dan berpatutan. Highly recommended.
Kekurangan : Restoran tak besar dan sentiasa penuh. So, bawa-bawa bersabar kalau
 hidangan agak lewat sikit sampai.
Baru sekali terjah. Hidangan ala Pantai Timur, Terengganu. Pemiliknya salah seorang
 blogger popular,Tey Cindy . Kalau nak menikmati keropok lekor etc,
 bolehla singgahi Restoran ini.
Kekurangan : Jauh juga dengan rumah eyriqazz.
Makanan ala Ayam Penyet memang menjadi pilihan eyriqazz. Lokasinya yang
 tak jauh dari
 I-City Shah Alam dengan harga yang ‘medium’ . Sambalnya memukau, suasana
 santai boleh pilih nak bersila or duduk atas kerusi.
Pernah keluar jalan-jalan cari makan TV3. Tomyamnya sedap dan tempatnya
 pun agak santai.
Bawa Isteri time birthday dia last year.
Kekurangan : Harga agak mahal especially ikan bakar dan sotong bakar.
 Tepuk dada, tanya selera.

Menyediakan masakan ala-ala Thai dan Melayu, tempatnya agak tersorok dengan view
 mengadap Tasik kecil. Harganya “medium” mahal. Tapi rasanya memang menepati
 citarasa kami seisi keluarga.
Kekurangan : Lokasinya yang agak tersorok dan sunyi.

Salah satu tempat kegemaran Isteri untuk menikmati Ayam Penyet.Sedap, dan
 menyelerakan.
Kekurangan : Kena sediakan duit lebih especially lokasinya di shopping complex.
Perut kenyang, faham2 la mood Isteri untuk bershopping kan?


One of tempat dengan suasana yang agak menarik dan best. Parking pun banyak.
 View memang cantik. Boleh pilih nak duduk bersila (4 or lebih) atau duduk.
 Rasanya memang sedap.
Kekurangan : Serius harga sangat mahal…

Lokasi yang agak romantik dapat melihat pemandangan sekitar KL, menara KLCC etc.
 Makanannya bolehla tahan juga. Harga “medium mahal” .On a special occasion,
memang best bawa orang tersayang ke sini.
Kekurangan : Portion agak besar. Dengar cerita sekarang ini restoran ini ditutup
 coz of legal tussle with Majlis Perbandaran Kajang. Tak silap saya coz isu
sewa yang dinaikkan dengan agak melampau dari RM20K to RM80K
(Sumber : Pekerja Haven Restoran)
Marvellous,marvellous. Meatballnya memang terbaiiikkkk……
Antara sate yang paling sedap pernah saya rasa . Jauh lebih sedap dari Sate Kajang.
 Cuma sambal dia rasanya sate kajang lebih sedap.
 Hargapun murah, lebih kurang RM0.70 secucuk.
Kekurangan : Lokasinya yang agak jauh dan takde cawangan sekitar KL.

Ayam Penyet lagi. Bagi penggemar ayam penyet, restoran ini pun tidak mengecewakan.
Oh ya, untuk alamat, no. telefon dan contact details , lingkungan harga restoran di atas,
 bolehla klik linknya.
 Any recommendation/cadangan restoran /tempat makan 
lain yang menarik dan sedap sekitar selangor, bolehla komen di sini. InsyaAllah,
 kalau tiada aral melintang bolehla terjahi nanti dan reviewkan di blog ini.

Rahsia di sebalik Solat




Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad
SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama
 semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar. 

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan
 fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku,

maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."(Toha;14)
Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya;
sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala
 mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas,
 yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman.
 Solat juga penting sebagai aspek penyatuan, terutamanya solat berjemaah
 yang menjadi antara sumber perpaduan umat.

Begitu juga pada sudut rohaninya, bersolat mampu memberikan ketenangan
 kepada pelakunya, menjadi medan penyerahan diri dan pengaduan kepada
 Yang Maha Mendengar. Hakikatnya mengingati Allah itu memberi ketenangan
 kepada hati manusia; yang memberi kekuatan dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Melalui sudut pandang kesihatan
secara ringkasnya pula, mereka yang bersolat lima waktu setiap hari telah
melakukan senaman berbanding mereka yang tidak. 

Melalui cara ini tubuh badan dilatih melakukan pergerakan yang telah disyariatkan,
 sedangkan pelbagai hikmah tersembunyi disebaliknya.

--- SOLAT ITU TIANG AGAMA ----

Semoga bermanfaat,

3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat





Sabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Jadi Marilah kita rebut peluang yang tidak dapat dimana-mana cabutan bertuah atau hadiah di dunia. Berkorban di dunia untuk akhirat tidak sesekali merugikan kita. Dunia hanyalah sementara. Akhirat yang kekal abadi...


Pandang Aurat Wanita Kali pertama Tak Berdosa - Lawak atau Hukum




Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali
 apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan,
 pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian
 umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w.
 tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
 Maka jawab Nabi : Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan
 kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith
 Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali
 sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu
 kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya,
 maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih
sejauh antara timur dan barat"
 ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988).

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
 
© Copyright | All Right Reserved by Owner