[URL=http://www.sparklee.com][IMG]http://img-s3-01.mytextgraphics.com/sparklee/2014/04/29/b1afe79ce1309dda8e5117b65e701ff5.gif[/IMG][/URL]

Followers

Tuesday 25 December 2012

Tempat Makan Menarik dan Best di Selangor


Saya kongsi-kongsikan di Sini Tempat Makan Menarik dan
 Best di Selangor melalui pengalaman saya terjahi tempat-tempat ini.
 Special thanks to AriffShah rekomenkan idea untuk entri ini :
Restoran ini yang terletak di Bagan Lalang,
antara tempat terbaik untuk menikmati hidangan
 makanan laut dengan harga yang berpatutan,
 pemandangan matahari terbenam yang cantik ,
dan rasanya yang memang sedap dan menggiurkan. Antara lokasi terbaik untuk
 menikmati ikan bakar/seafood di Selangor.
Kekurangan : Lokasi yang agak jauh dari KL. Lebih kurang 2 jam
perjalanan dari Setapak/Wangsa Maju.
Hidangan Mee kari, mee sup ala ketam dan udang galah sememangnya sedap dan
 menyelerakan. Harganya pun agak murah dan berpatutan. Highly recommended.
Kekurangan : Restoran tak besar dan sentiasa penuh. So, bawa-bawa bersabar kalau
 hidangan agak lewat sikit sampai.
Baru sekali terjah. Hidangan ala Pantai Timur, Terengganu. Pemiliknya salah seorang
 blogger popular,Tey Cindy . Kalau nak menikmati keropok lekor etc,
 bolehla singgahi Restoran ini.
Kekurangan : Jauh juga dengan rumah eyriqazz.
Makanan ala Ayam Penyet memang menjadi pilihan eyriqazz. Lokasinya yang
 tak jauh dari
 I-City Shah Alam dengan harga yang ‘medium’ . Sambalnya memukau, suasana
 santai boleh pilih nak bersila or duduk atas kerusi.
Pernah keluar jalan-jalan cari makan TV3. Tomyamnya sedap dan tempatnya
 pun agak santai.
Bawa Isteri time birthday dia last year.
Kekurangan : Harga agak mahal especially ikan bakar dan sotong bakar.
 Tepuk dada, tanya selera.

Menyediakan masakan ala-ala Thai dan Melayu, tempatnya agak tersorok dengan view
 mengadap Tasik kecil. Harganya “medium” mahal. Tapi rasanya memang menepati
 citarasa kami seisi keluarga.
Kekurangan : Lokasinya yang agak tersorok dan sunyi.

Salah satu tempat kegemaran Isteri untuk menikmati Ayam Penyet.Sedap, dan
 menyelerakan.
Kekurangan : Kena sediakan duit lebih especially lokasinya di shopping complex.
Perut kenyang, faham2 la mood Isteri untuk bershopping kan?


One of tempat dengan suasana yang agak menarik dan best. Parking pun banyak.
 View memang cantik. Boleh pilih nak duduk bersila (4 or lebih) atau duduk.
 Rasanya memang sedap.
Kekurangan : Serius harga sangat mahal…

Lokasi yang agak romantik dapat melihat pemandangan sekitar KL, menara KLCC etc.
 Makanannya bolehla tahan juga. Harga “medium mahal” .On a special occasion,
memang best bawa orang tersayang ke sini.
Kekurangan : Portion agak besar. Dengar cerita sekarang ini restoran ini ditutup
 coz of legal tussle with Majlis Perbandaran Kajang. Tak silap saya coz isu
sewa yang dinaikkan dengan agak melampau dari RM20K to RM80K
(Sumber : Pekerja Haven Restoran)
Marvellous,marvellous. Meatballnya memang terbaiiikkkk……
Antara sate yang paling sedap pernah saya rasa . Jauh lebih sedap dari Sate Kajang.
 Cuma sambal dia rasanya sate kajang lebih sedap.
 Hargapun murah, lebih kurang RM0.70 secucuk.
Kekurangan : Lokasinya yang agak jauh dan takde cawangan sekitar KL.

Ayam Penyet lagi. Bagi penggemar ayam penyet, restoran ini pun tidak mengecewakan.
Oh ya, untuk alamat, no. telefon dan contact details , lingkungan harga restoran di atas,
 bolehla klik linknya.
 Any recommendation/cadangan restoran /tempat makan 
lain yang menarik dan sedap sekitar selangor, bolehla komen di sini. InsyaAllah,
 kalau tiada aral melintang bolehla terjahi nanti dan reviewkan di blog ini.

Rahsia di sebalik Solat




Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad
SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama
 semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar. 

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan
 fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku,

maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."(Toha;14)
Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya;
sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala
 mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas,
 yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman.
 Solat juga penting sebagai aspek penyatuan, terutamanya solat berjemaah
 yang menjadi antara sumber perpaduan umat.

Begitu juga pada sudut rohaninya, bersolat mampu memberikan ketenangan
 kepada pelakunya, menjadi medan penyerahan diri dan pengaduan kepada
 Yang Maha Mendengar. Hakikatnya mengingati Allah itu memberi ketenangan
 kepada hati manusia; yang memberi kekuatan dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Melalui sudut pandang kesihatan
secara ringkasnya pula, mereka yang bersolat lima waktu setiap hari telah
melakukan senaman berbanding mereka yang tidak. 

Melalui cara ini tubuh badan dilatih melakukan pergerakan yang telah disyariatkan,
 sedangkan pelbagai hikmah tersembunyi disebaliknya.

--- SOLAT ITU TIANG AGAMA ----

Semoga bermanfaat,

3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat





Sabda Rasullullah S.A.W : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Jadi Marilah kita rebut peluang yang tidak dapat dimana-mana cabutan bertuah atau hadiah di dunia. Berkorban di dunia untuk akhirat tidak sesekali merugikan kita. Dunia hanyalah sementara. Akhirat yang kekal abadi...


Pandang Aurat Wanita Kali pertama Tak Berdosa - Lawak atau Hukum




Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali
 apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan,
 pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian
 umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.

Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w.
 tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja.
 Maka jawab Nabi : Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan
 kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith
 Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali
 sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu
 kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya,
 maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih
sejauh antara timur dan barat"
 ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988).

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Hukum pakai Topi Santa Claus Bercanggah dengan seruan agama



Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya
tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana
 ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad saw.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan
 mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan
 perayaan Krismas yang disambut penganut kristian. Setiap kali menjelang
25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. 

Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan
 akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada
orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan
 perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian
seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian. 

Datuk Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat
beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum
mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan
 pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian
 untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

Kawan Di Akhir Zaman



Assalamualaikum...
Siapa Kawan Di akhir zaman?



Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat
Yang ada kini hanyalah
Kebanggaan pada ijazah yang berjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya yang berkroni
Untuk mendapat projek yang tersedia
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah yang suka berbincang
Dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya yang menjadikan kompleks
Tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya artis dijadikan berhala sembahan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seolah alam barzakh itu tidak akan ditempuh.

9 Ciri-Ciri Blog Yang Kemas




Assalamualaikum pembaca sekalian dan juga blogger khususnya,




Pada entri kali ini, aku suka nak kongsi satu tips yang berguna buat 
blog dan juga buat blogger baru yang mahu memperkemaskan blog korang.
 Aku baca ciri-ciri ni dari seorang blogger iaitu HasrulHassan.
 Dari aku mula menapak dalam dunia blog, blog beliau atau
 mesra di panggil HH banyak memberi tunjuk ajar berguna.
 Bawah ini hanya ciri-ciri je.



  • 2 Kolum
  • Kedudukan Sidebar
  • Saiz Layout
  • Saiz Sidebar
  • Saiz Tulisan
  • Jajaran (Alignment) Tulisan
  • Warna Blog
  • Header Blog
  • Jenis Tulisan

Terbaru! Video Banjir Bandar Kuantan Yang Menyedihkan..





Saksikan dan ambil iktibar dari apa yang berlaku

Terbaru! Video Banjir Bandar Kuantan Yang Menyedihkan


Terbaru! Video Banjir Bandar Kuatan Yang Menyedihkan




Saksikan dan ambil iktibar dari apa yang berlaku

Tuesday 11 December 2012

KISAH AYAT KURSI


Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Lepaskan aku, sesungguhnya aku orang miskin dan ada ramai anak.' Maka aku pun epaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu semalam ?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali kerana Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, aku tidak akan datang lagi selepas ini.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali lagi, namun nyatanya kembali lagi.' 

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka aku pun membebaskannya. 

Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Bagindau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)

Saturday 24 November 2012

Huru-hara di rumah sepupu

Ari ni aku pergi rumah sepupu aku.aku suka pegi rumah dorang sebab dorang ni best.dorang boleh buat hati aku gembira dorang ni mcm dikatakan mcm tempat syurga.klau korang pergi mesti mcm korang akan rasa huru hara tetapi best gak.aku bahagia giler sebab ade dorang tanpa dorang aku akan rase sunyi sikit.sikt je.hehehehehehe.aku harap aku boleh duduk rumah dorang selamanya.Ini keluarga sebelah bapak aku.Dorang ni ade tiga adek beradek.Yang sulung bernama khairul zahiera dia ni klau pakai tudung macam ustazah.betul klau korang tengok mesti terkejut umur baru 16 tahun dan anak kedua dia bernama khairul zayana sebaya berumur 14 tahun die ni boleh dikatakan pandai dari aku.hmmmmmmm.Dan anak bungsu bernama khairul zawana die boleh dikata anak manja.hehehehehehe.dari ape yang aku lihat la.

Tu je la k la bye nanti aku update lagi.....

Di rumah sepupu.

Saturday 17 November 2012

hmmmmm...

bile kau pergi dari aku.Aku akan rasa kesepian.tanpa diri mu aku berasa lemah dan tak mampu bergerak walaupun selangkah..aku telah mencuba melupe kan kamu tetapi aku tidak boleh melupakan kamu...aku harap kamu bahagia dengan orang yang kamu sayangi....

Jangan terlalu ikut hati...saya x sanggup tengok awak sakit sendiri.... :(


Awak.
Saya tengok awak dah macam mayat hidup. Beza awak dengan cerita arahan Mamat Khalid yang penuh dengan satira nasional itu adalah awak mungkin masih penuh dengan lukisan di wajah. Mungkinkanlah.

Awak.
Awak kata awak dah boleh lupakan dia, tapi setiap hari awak tulis macam-macam pasal dia. Betapa awak mengharap si dia kembali ke sisi awak. Saya tidak kisah, tapi melihatkan awak kawan saya yang merayu sedemikian rupa, terdetik sesuatu dalam hati saya.Adakah cinta membuatkan manusia hilang rasa malu juga?

http://farm4.static.flickr.com/3488/3821990658_3493d816e0_z.jpg
[Gambar : Lebih kurang begini awak pada pandangan mata saya]

Status.
Status dan segala penulisan awak tentang si dia membuatkan ramai yang melemparkan kata-kata kononnya awak sudah bagai melukut di tepi gantang. Saya hanya mampu memandang. Awak yang memulakannya, awak terpaksa terima.

#Status 01 : Tadi main telefon, ternampak nombor dia. Rasa nak telefon.

#Status 02 : Hantar SMS tapi dia tak balas. Dia sibuk agaknya. Ke dia dah lupa aku?

#Status 03 : Penat tunggu dia balas. Dah berapa jam ni? Rasa geram. Nak tidurlah!

#Status 04 : Yeah! Dia balas. Walaupun satu huruf sahaja - "K" sebab tanya dia sihat ke tak.

#Status 05 : Nak peluk hadiah yang dia bagi sebelum berpisah. (Tiba-tiba rasa nak menangis)

Itu antara status yang awak tulis. Macam saya kata, saya hanya akan dapat membacanya dan berharap agar awak pulih dengan cepat.

Tetap kata diri masih kepunyaan dia.
Jujurnya, orang yang berkeyakinan diri yang tinggi sahaja boleh melakukan sebegini walaupun hakikatnya bagaikan menggantung diri. Secara terang-terangan dia bukan milik awak lagi tapi awak masih berlagak kononnya semuanya terkawal.

#Status Bekas Kekasih : Hari ini nak keluar dengan (nama kekasih baru)

#Status Awak : Rindukan dia sangat-sangat.

Sekejap lagi, telefon saya berbunyi. Awak di hujung talian dengan suara yang jujurnya sedang menahan sebak.

Aku : Kenapa kau?
Dia : Takde apa-apa.
Aku : Cukuplah.
Dia : Apa benda?
Aku : Kau pun tahu hakikatnya.
Dia : Eh, dia cintakan aku lagi.
Aku : Dah ada kekasih baru tu.
Dia : Dia milik aku selamanya.
Aku : Buka mata kau, jangan bermimpi lagi.
Dia : Tak, dia memang milik aku.
Aku : Kau je yang rasa macam tu. Kisah kau dan dia dah lama berakhir.
Dia : Tak, kami masih pasangan kekasih.
Aku : Cukuplah kau cederakan hati kau sendiri.
Dia : Kau tak faham! Dia milik aku. Aku masih milik dia.
Aku : Kau nak tunggu sampai bila? Sampai dia kahwin?
Dia : Sampai dia datang balik pada aku.
Aku : Kalau dia datang balik sebab terpaksa?
Dia : Aku tak kira.

http://farm3.static.flickr.com/2597/4124563591_724365f6ca.jpg
[Gambar : Adakah kau fikir aku boleh lindung kau setiap kali kau ada masalah?]

Dia datang balik.
Awak gembira.
Macam nak pecah sistem kepala dengan jeritan dan laungan kegembiraan awak. Saya memandang dari tepi. Apakah itu yang benar-benar awak mahukan? Dia kembali pada awak tapi dalam masa yang sama dia punya juga kekasih lain?

Dia : Kan aku dah kata dia akan datang balik pada aku.
Aku : Lepas kau merayu gila-gila.
Dia : Tak kisahlah, dia dah jadi milik aku semula.
Aku : Dia ada kekasih baru.
Dia : Aku tak kisah, asalkan dia jawab telefon aku semula, balas SMS aku, cakap dia cintakan aku.
Aku : Benda tu semua aku pun boleh buat.
Dia : (ketawa) Lainlah.
Aku : Kau sedang khayal ni. Realitinya manusia nak hidup bermadu pun payah, ni bercinta begini?
Dia : (ketawa) Kau jangan risau. Dia tetap akan pilih aku juga.
Aku : Ikut suka kau.
Dia : Kau akan doakan aku?
Aku : Sentiasa untuk kau bahagia, cuma kalau kau nak sangat pilih jalan ni, aku tak boleh kata apa.
Dia : Percayalah, aku akan bahagia.
Aku : Moga-moga.
Dia : Zara, dia lambat balas SMS aku. Kenapa agaknya?
Aku : Kau nak dengar pendapat positif ke negatif?
Dia : Biar aku jawab sendiri. Dia sibuk kot?
Aku : Ya ke?
Dia : Dah lama tak SMS, dia tak boleh biasakan diri kot?
Aku : Terpulanglah pada kau.


<----------------------------------- SEE MORE


http://25.media.tumblr.com/tumblr_l7i3yorCB71qbplkbo1_500.jpg
[Gambar : Awak, dengar apa yang saya cakap?]

Saya cuma nak awak bahagia.
Sebab awak kawan saya.
Itu sahaja.

Kalau awak perlukan bahu untuk menangis, boleh pinjam bahu saya.
Kalau tak cukup, nak pinjam dada pun boleh.
Betul.

Nota Kaki :
1. Baru selesai menyiapkan beg cenderamata untuk surau kampung sempena Korban.
2. Bakal memandu ke Melaka untuk jamuan sekolah Emak tengah hari ini.
3. Selsema pula, alahai.
4. Tertidur lagi malam tadi lepas berbual dengan kembar, maaf.

Zara : Semalam aku dah jumpa dengan seorang penulis blog. Lebih dua tahun kenal baik dengan adik itu, alhamdulillah, dapat juga berjumpa walaupun pelbagai rintangan dihadapi (tersesat sebab aku salah baca peta dan papan tanda).


 
© Copyright | All Right Reserved by Owner