[URL=http://www.sparklee.com][IMG]http://img-s3-01.mytextgraphics.com/sparklee/2014/04/29/b1afe79ce1309dda8e5117b65e701ff5.gif[/IMG][/URL]

Followers

Tuesday 25 December 2012

Hukum pakai Topi Santa Claus Bercanggah dengan seruan agama



Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya
tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai ‘Santa Claus’ kerana
 ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad saw.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan
 mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan
 perayaan Krismas yang disambut penganut kristian. Setiap kali menjelang
25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. 

Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan
 akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada
orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan
 perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian
seperti Santa Claus, ” katanya kepada Berita Harian. 

Datuk Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat
beli – belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.

Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum
mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan
 pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian
 untuk memakai pakaian terbabit, ” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright | All Right Reserved by Owner